APM Mukah tingkat kesiapsiagaan, pantau rapi kawasan berisiko banjir

MUKAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dengan melaksanakan pemantauan berterusan di beberapa kawasan dikenal pasti berisiko banjir susulan cuaca tidak menentu serta pengaruh Monsun Timur Laut ketika ini.

Langkah awal itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terpelihara selain membolehkan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan berkaitan bencana banjir.

Menurut APM Mukah, pasukan anggota sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, sejajar dengan komitmen agensi tersebut untuk memberikan perkhidmatan kecemasan yang pantas dan berkesan kepada masyarakat.

“Orang awam diingatkan agar segera menghubungi APM sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan. Perkhidmatan talian kecemasan kami beroperasi 24 jam selaras dengan slogan ‘Ada Musibah, Call APM’,” menurut kenyataan itu semalam.

Selain pemantauan fizikal di lapangan, APM Mukah turut memanfaatkan platform media sosial, khususnya TikTok, sebagai saluran komunikasi bagi menyampaikan maklumat terkini, amaran awal serta perkembangan semasa kepada masyarakat.

Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam memperkukuh komunikasi risiko bencana dan meningkatkan tahap kesedaran serta kesiapsiagaan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terdedah kepada banjir.

“Operasi pemantauan ini turut diselaraskan bersama Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak bagi memastikan pengurusan bencana di peringkat negeri berjalan secara tersusun dan efisien”, tambah kenyataan itu.

Inisiatif ini mencerminkan peranan APM sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam mendukung agenda Kerajaan MADANI, khususnya dalam aspek kesiapsiagaan bencana, keselamatan awam dan perlindungan nyawa rakyat.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit