Kenaikan tarif perlu beri manfaat, SE wajar tingkat kecekapan

KOTA KINABALU – Sebarang kenaikan tarif perlu memberi manfaat langsung kepada rakyat, terutama dari segi kebolehpercayaan bekalan elektrik dan kecekapan penyelenggaraan infrastruktur.

Demikian gesaan Ketua Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Christoper Mandut yang menyatakan pihaknya menyokong penuh pelaksanaan kenaikan tarif elektrik baharu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Febaruari lepas.

Katanya, kenaikan itu wajar dipertimbangkan dengan syarat pihak Sabah Electricity (SE) proaktif meningkatkan kecekapan perkhidmatan mereka.

“kenaikan tarif tersebut wajar dipertimbangkan sekiranya ia disusuli dengan penambahbaikan menyeluruh oleh SE khususnya dalam aspek pengurusan, sumber manusia dan peningkatan kecekapan operasi agar pengguna menerima perkhidmatan yang lebih baik dan stabil.

“Dengan kenaikan ini, saya mengharapkan pengurusan SE akan menjadi lebih cekap, jumlah tenaga kerja ditambah serta keupayaan teknikal dipertingkatkan bagi membantu mengurangkan gangguan elektrik yang sering berlaku,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau juga berharap SE dapat mengambil pendekatan lebih prihatin terhadap keperluan pengguna, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Untuk rekod, SE dalam satu kenyataan memaklumkan tarif elektrik dinaikkan dengan kadar purata tarif asas diselaraskan kepada 39.70 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) bermula Ahad lepas berbanding 34.52 sen/kWj sebelum ini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar