‎42km jajaran baharu Pan Borneo lancarkan trafik Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Putatan hingga Tuaran dijangka menyediakan kira-kira 42 kilometer laluan baharu yang akan melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di sekitar Kota Kinabalu.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau selepas menghadiri taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta mengadakan lawatan tapak ke laluan projek melibatkan Pakej 6, 7 dan 8.

‎”Jajaran berkenaan merangkumi laluan dari Ketiau, Putatan hingga Bulatan Berungis di Tuaran, yang merupakan antara komponen utama Projek Pan Borneo di sekitar Kota Kinabalu.

‎“Berdasarkan pemerhatian semasa lawatan serta taklimat yang diberikan, progres pembinaan adalah amat baik dan sebahagian laluan utama telah dibuka kepada pengguna jalan raya secara berperingkat,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

‎Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati memandangkan masih terdapat beberapa kawasan yang memerlukan penambahbaikan serta kerja pembinaan yang belum diselesaikan sepenuhnya.

“Walaupun laluan telah dibuka secara berperingkat, pengguna perlu berwaspada kerana masih terdapat lokasi yang melibatkan aktiviti pembinaan yang sedang berjalan.

‎”Ketiga-tiga pakej projek tersebut dijangka dapat digunakan sepenuhnya menjelang hujung tahun ini, seperti yang dimaklumkan dalam taklimat,”ujarnya.

‎Tambahnya, Projek Pan Borneo perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada isu jalan berlubang, sebaliknya mengambil kira manfaat jangka panjang yang bakal dinikmati rakyat apabila projek itu siap sepenuhnya.

‎“Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta bersabar dan memberi ruang serta masa kepada pihak JKR dan kontraktor untuk menyiapkan laluan utama Projek Pan Borneo,” katanya.

‎Mustapha turut merakamkan penghargaan kepada JKR serta pihak kontraktor atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut garis masa yang telah dipersetujui.

Related Posts

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

IPOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 480.60 gram, minggu lalu. Teoh Wai Loon, 44, dan isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

BENTONG – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM916,000 melalui Geran Usahawan Makmur dan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STeP) 2026 bagi meningkatkan kualiti dan daya saing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?