BICE 2026 perkukuh peranan Sarawak sebagai hab Borneo

KUCHING – Penganjuran Borneo International Consumer Expo (BICE) 2026 yang melabuhkan tirainya selepas empat hari berkampung di Metrocity Convention Centre di sini, berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh peranan Sarawak sebagai hab serantau Borneo.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ekspo tersebut bukan sekadar platform pameran, malah berfungsi sebagai medium strategik dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi dan keterangkuman serantau.

Menurutnya, kejayaan menghimpunkan lebih 250 vendor termasuk jenama antarabangsa serta usahawan dari Sabah, Brunei Darussalam dan Indonesia membuktikan komitmen penganjur dalam mengeratkan kerjasama antara pemain industri dan pembuat dasar.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan BICE 2026.

“Penganjuran ini sejajar dengan aspirasi kita untuk meningkatkan kesedaran pengguna serta menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan BICE 2026, baru-baru ini.

Turut hadir Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching, Sheikh Abdul Madani Datuk Paduka Sheikh Abdul Ghani; Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Dr Abdullah Zulkifli dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Dalam pada itu, Dr Sim turut memuji inisiatif penganjuran Jualan Rahmah sepanjang ekspo berlangsung yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Jelas beliau, usaha itu mencerminkan keprihatinan penganjur dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat agar manfaat ekspo dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis penutupan itu turut meraikan para pemenang pertandingan Borneo Star Talent yang disertai bakat kreatif dari Indonesia, Sabah dan Sarawak, sekali gus menjadi platform mencungkil potensi generasi muda di rantau ini.

BICE 2026 yang dianjurkan oleh Dr Wynson Ong Teck Ping dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, kini dilihat sebagai acara korporat dan kebudayaan yang berimpak tinggi di peringkat Borneo.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik