Warga MAFFI diseru sokong Inisiatif Kebun Dapur, teruskan kecemerlangan perkhidmatan

KOTA KINABALU – Warga Kementerian Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) diseru berganding bahu dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyokong pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur dalam usaha memperkukuh keselamatan makanan dan membudayakan amalan berdikari dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, sokongan daripada semua pegawai dan kakitangan kementerian adalah penting merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta promosi inisiatif ini kepada masyarakat.

“Warga kementerian perlu menjadi barisan hadapan dan duta kepada inisiatif ini, menunjukkan teladan melalui penyertaan, sokongan teknikal serta promosi yang berkesan di peringkat komuniti.

“Inisiatif ini bukan sekadar projek pertanian kecil, tetapi gerakan strategik untuk memperkasa isi rumah, mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan kesedaran terhadap pertanian asas,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di Shangri-La Tanjung Aru, di sini pada Jumaat.

Jamawi turut menekankan bahawa kejayaan kementerian dalam sektor pertanian, perikanan dan industri makanan bergantung kepada kecekapan, integriti dan dedikasi penjawat awam.

“Kecemerlangan bukan hanya tentang pencapaian KPI, tetapi juga merangkumi sikap profesional, kecekapan sistem penyampaian, integriti, akauntabiliti, serta keupayaan menyelesaikan masalah rakyat secara berkesan.

“Kita mesti terus membudayakan prestasi tinggi, beralih daripada kerja rutin kepada kerja yang memberi impak sebenar kepada kementerian dan masyarakat.

“Saya berharap semua warga kementerian akan terus memperkasa kemahiran diri, menyokong agenda transformasi perkhidmatan, mengamalkan budaya kerja berpasukan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar