Isu MA63: Premier Sarawak enggan ulas lanjut, hormat proses mahkamah

KUCHING – Sarawak mengambil pendirian untuk menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah bagi menentukan isu pemilikan, pengurusan serta pengawalseliaan sumber minyak dan gas di negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut memandangkan ia kini melibatkan proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Tunggulah mahkamah… tunggu mahkamah,” katanya ringkas secara berulang kali kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Abang Johari diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak mengandungi peruntukan berkaitan pengurusan atau pemilikan minyak dan gas.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menegaskan industri tersebut dikawal selia oleh undang-undang Persekutuan, khususnya Akta Pembangunan Petroleum (Akta 144).

Isu ini timbul susulan tindakan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan pada 12 Januari lalu bagi mendapatkan penjelasan mengenai rangka kerja undang-undang yang terpakai dalam mengawal selia operasi mereka di Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini. Mayat lelaki terbabit,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

BINTULU – Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad bagi menunaikan komitmen yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).   Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin