Penduduk Limbang waspada amaran tanah runtuh

LIMBANG – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengeluarkan amaran berhubung ancaman bencana geologi tanah runtuh di kawasan ini susulan kadar hujan direkodkan berada pada paras berbahaya.

Menurut kenyataan JMG, bacaan instrumen tolok hujan automatik (Automated Rain Gauge) di Bukit Mas, Limbang menunjukkan paras hujan telah mencapai tahap bahaya.

“Sehubungan itu, orang awam yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada.

“Elakkan diri daripada berada di kawasan cerun atau lembah yang berisiko tinggi berlaku tanah runtuh,” menurut kenyataan itu.

JMG turut mengingatkan penduduk agar peka dengan persekitaran dan segera melaporkan sebarang tanda awal kejadian tanah runtuh kepada pihak berkuasa.

Antara tanda awal yang perlu diberi perhatian adalah retakan tanah, pokok tumbang atau aliran air berlumpur secara tiba-tiba.

“Kenderaan serta bangunan yang terletak berhampiran kawasan cerun disarankan dikosongkan sekiranya terdapat petunjuk ancaman.

“Penduduk juga diminta supaya berpindah segera sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan nyawa,” jelas kenyataan itu lagi.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan terus kepada pihak berkuasa tempatan atau menerusi talian MERS 999.

Related Posts

20 penduduk orang asli terperangkap selepas tiga jambatan runtuh akibat kepala air

GOPENG – Fenomena kepala air susulan hujan lebat berterusan pada Jumaat menyebabkan tiga jambatan runtuh, sekali gus memutuskan hubungan jalan utama ke beberapa penempatan Orang Asli di Ulu Kepayang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribut landa Ipoh, lebih 200 rumah rosak

IPOH – Lebih 200 buah rumah di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini mengalami kerosakan selepas hujan lebat berterusan disusuli angin kencang hampir dua jam melanda kawasan berkenaan pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor

Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor

20 penduduk orang asli terperangkap selepas tiga jambatan runtuh akibat kepala air

20 penduduk orang asli terperangkap selepas tiga jambatan runtuh akibat kepala air

Ribut landa Ipoh, lebih 200 rumah rosak

Ribut landa Ipoh, lebih 200 rumah rosak

Dua wanita maut kemalangan MPV, kereta

Dua wanita maut kemalangan MPV, kereta

Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha