Banjir kilat: Beberapa rumah di Kampung Malagangai dinaiki air

LIMBANG – Beberapa kediaman penduduk di Kampung Malagangai terjejas akibat banjir kilat, susulan hujan berterusan sejak awal pagi Isnin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang berkata, pihaknya telah menjalankan rondaan di kawasan berisiko banjir bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi melibatkan Kampung Malagangai dan Jalan Sungai Poyan.

Menurutnya, pemantauan mendapati paras air sungai menunjukkan pola peningkatan memandangkan keadaan cuaca yang masih hujan ketika itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kediaman penduduk telah dimasuki air. Bagaimanapun, tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi pemantauan tersebut dilaksanakan oleh dua anggota yang diketuai Pegawai Bomba, Mohd Herman bersama Pegawai Bomba Bantuan, Imran menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak bomba akan terus memantau situasi semasa terutamanya di kawasan berisiko sepanjang Monsun Timur Laut bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM