‘Phone scam’ lagi, wanita kerugian RM456,000

KUCHING – Hasrat seorang wanita tempatan menghabiskan cuti di rumah keluarganya bertukar igauan ngeri apabila kerugian RM456,000 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau ‘Phone Scam’.

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian bermula pada 5 Disember 2025 apabila mangsa yang berusia 38 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

Menurutnya, suspek yang menghubungi mangsa menggunakan talian 016-4599918 telah menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebelum menyambungkan talian kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek telah menakutkan mangsa dengan mendakwa kononnya wujud kes jenayah yang didaftarkan atas namanya.

“Terpedaya dengan dakwaan tersebut, mangsa telah diarahkan membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan atas alasan untuk ‘membersihkan’ wang miliknya dan dijanjikan akan dipulangkan semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Alexson berkata, mangsa yang panik telah melakukan 13 transaksi pemindahan wang ke dalam tiga akaun bank berbeza sehingga mencecah jumlah kerugian RM456,000.

Jelasnya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan di portal rasmi Semak Mule PDRM dan mendapati butiran yang diberikan adalah meragukan sebelum tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Susulan itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan segera menamatkan panggilan jika menerima panggilan yang mencurigakan, serta tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali.

“Orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank yang meragukan di portal https://semakmule.rmp.gov.my atau menghubungi hotline NSRC di talian 997 untuk sebarang pertanyaan,” ujarnya.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun