AS kerah armada perang, Iran beri amaran balas

DAVOS – “Armada Amerika Syarikat (AS) sedang menuju ke Iran, namun saya berharap tidak akan menggunakannya.”

Itu amaran dibuat Presiden Donald Trump ketika retorik ugutan terhadap Tehran semakin meningkat meskipun gelombang protes ganas di negara tersebut sudah berakhir.

“Kami sudah mengerahkan banyak kapal perang dan sedang menilai situasi semasa,” katanya dalam pesawat rasmi – Air Force One – ketika kembali dari Davos.

Terdahulu, Washington mengesahkan kapal perang, USS Abraham Lincoln dan beberapa kapal pemusnah peluru berpandu dijangka tiba di perairan Asia Barat dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Seorang pegawai mendedahkan, penghantaran sistem pertahanan udara tambahan ke rantau itu untuk menangkis serangan Tehran juga sedang dipertimbangkan.

Armada kapal perang itu dilaporkan mula berlayar dari Asia Pasifik minggu lalu, di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Iran.

Trump berulang kali mengancam mahu melancarkan operasi ketenteraan – kononnya untuk membela nasib penunjuk perasaan – sedangkan ia hanya alasan untuk campur tangan dalam krisis di negara itu.

Sebagai respons terhadap ugutan itu, Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam memberi amaran tegas supaya AS tidak tersilap langkah.

“Kami sentiasa siap siaga untuk bertindak balas dengan lebih agresif dan hanya menunggu arahan Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

“Musuh sepatutnya mengambil pengajaran ketika perang selama 12 hari pada Jun 2025,” ujar Mejar Jeneral, Mohammad Pakpour.

Related Posts

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai. Dalam sesi taklimat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global