Tengku Zafrul sertai Biro Politik PKR sebagai anggota Ex Officio

PKR hari ini mengumumkan pelantikan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebagai anggota Ex Officio Biro Politik parti itu susulan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam mesyuarat bulanannya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain Tengku Zafrul, PKR turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Kesihatan; Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir; Menteri Belia dan Sukan; Dr Mohammed Taufiq Johari serta Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Datuk Dr Abdul Hamid, sebagai anggota Ex Officio.

Dalam perkembangan sama, PKR turut melantik Datuk Yamani Hafez Musa ke MPP sebagai anggota Ex Officio, selain Datuk Ruji Ubi, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Ja’afar.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Kongres Nasional PKR akan diadakan di Melaka dari 25 hingga 28 Jun ini.

“Maklumat terperinci akan dikeluarkan Ibu Pejabat PKR dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, MPP turut meneliti pelaksanaan ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI termasuk Rancangan Pendidikan Negara yang merupakan usaha menyeluruh bagi menjamin mutu pendidikan yang lebih baik serta mempersiapkan generasi muda menghadapi dunia digital yang semakin mencabar.

Beliau berkata, program bantuan rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Jualan Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga dilihat boleh ditambah baik bagi memastikan isu kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan lebih tuntas.

“Langkah-langkah membanteras rasuah dan kumpulan kartel turut disokong, agar dana rakyat tidak diseleweng untuk memperkaya kelompok tertentu,” katanya.

Related Posts

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dalam tahanan polis sehingga esok walaupun Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan ikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter