Sultan Pahang tegaskan rasuah bukan sekadar ‘perkara kecil’

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menegaskan bahawa perbuatan rasuah bukan kesalahan kecil, sebaliknya pengkhianatan kepada negara.

Al-Sultan Abdullah bertitah, maruah bangsa tidak diukur oleh ketinggian bangunan atau angka dalam akaun, tetapi nilai yang dipertahankan ketika berdepan godaan kuasa dan wang.

Baginda bertitah, banyak negara runtuh bukan kerana diserang musuh dari luar, tetapi dikhianati oleh perbuatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kerakusan yang tidak dibendung.

“Ketahuilah rasuah bukan kesalahan kecil, penyalahgunaan kuasa bukan kelemahan manusia biasa, tetapi kejahatan berjawatan.

“Apabila undang-undang dipermainkan oleh mereka yang sepatutnya menegakkannya, maka negara sedang dipimpin ke jurang kehancuran.

“Hari ini, ada yang memakai seragam, memegang kuasa, dan membawa nama institusi, namun tangannya kotor dan hati mati.

“Mereka bukan sekadar merosakkan imej organisasi, malah mereka mencuri masa depan anak bangsa,” titah baginda, seperti dilapor Bernama.

Sultan Pahang bertitah demikian pada Program Wacana Belia Diraja 2026 “Titah Diraja, Amanah Belia: Membina Masa Depan Pahang Berdaulat” yang turut dihadiri paduka anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol; Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Justeru, menerusi titah diraja itu, baginda berpesan supaya golongan muda menghindari perbuatan rasuah dan salah guna kuasa serta bangkit menjadi generasi yang memutuskan rantaian kotor berkenaan.

“Rasuah itu bukan rezeki, tetapi najis. Penyalahgunaan kuasa itu bukan kebijaksanaan, tetapi racun dan kekayaan haram itu bukan kejayaan, tetapi kutukan yang menunggu waktu.

“Jangan wariskan kepada anak cucu, sebuah negara yang megah pada bangunan, tetapi busuk pada asas, jangan jadikan Malaysia sebuah tanah air, yang kaya di atas kertas, tetapi miskin dari segi maruah,” titah baginda.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama