12 sekolah rendah DUN Tellian terima beg sekolah

MUKAH – Sebanyak 12 sekolah rendah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian menerima sumbangan beg sekolah menerusi Program Kembali ke Sekolah pada pagi Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, program itu merupakan antara inisiatif kebajikan di bawah Biro Pendidikan Mukah bagi membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan serta memastikan murid memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia.

“Secara keseluruhan 12 sekolah yang terlibat, dengan penyerahan simbolik hari ini melibatkan 79 murid daripada lima buah sekolah, manakala baki sekolah lain akan menyampaikan sumbangan melalui pihak pentadbiran masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Menurut beliau, penyerahan sumbangan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak pada jam 7.30 pagi melibatkan 14 murid, diikuti SK Mukah (8 pagi, 23 murid), SK Datuk Awang Udin (8.30 pagi, 26 murid), SK St Patrick (9 pagi, 7 murid) dan SJK (C) Chong Boon (9.30 pagi, 9 murid).

Katanya lagi, selain bantuan beg sekolah, pihaknya turut membantu keluarga yang mempunyai ramai anak bersekolah termasuk anak yatim dan yatim piatu dengan menampung sebahagian yuran pendaftaran sekolah.

“Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program Fifty7hope, yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada murid sekolah rendah, malah membantu lepasan SPM dan STPM melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi”, tambah Royston.

Beliau berharap sumbangan itu dapat memberi motivasi kepada murid untuk terus menimba ilmu dan memastikan tiada anak di kawasan DUN Tellian tercicir daripada arus pendidikan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Mukah, Kaunselor Shazwan Serun serta Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Awang Yusri Awang Adeni.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014