Warga Politeknik Mukah sambut baik RPTM 2026–2035

MUKAH – Pengumuman Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai satu langkah strategik yang bakal memberi impak positif terhadap pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) khususnya di politeknik.

Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Iskandar Reduan berkata, pelaksanaan rancangan tersebut selari dengan keperluan industri semasa dan memberi penekanan terhadap kebolehpasaran graduan.

“Fokus kepada keperluan industri akan membantu melahirkan graduan yang lebih berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan,” katanya mengulas perkara tersebut dalam satu kenyataan daripada Politeknik Mukah.

Sementara itu, seorang pelajar kelainan upaya (OKU), Lorena Sharon Tan, 20, meluahkan rasa gembira dan terharu dengan pengumuman pendidikan percuma untuk pelajar OKU yang akan dilaksanakan mulai tahun 2026.

“Saya menyifatkan inisiatif tersebut sebagai peluang besar buat golongan OKU dan bertekad untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan pada masa hadapan,” ujar pelajar PMU tersebut.

Pandangan positif turut disuarakan oleh seorang lagi pelajar, Farshazween Fitri, yang melihat pengiktirafan terhadap TVET sebagai satu pencapaian besar dalam landskap pendidikan negara.

“Penaiktarafan politeknik ke arah Politeknik Premier bukan sahaja meningkatkan kemudahan pembelajaran, malah menjadikan kualiti pengajian setaraf dengan universiti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Mukah, Izzan Azizah berkata, pelaksanaan RPTM 2026–2035 akan membantu pelajar memanfaatkan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dengan lebih berkesan serta beretika, sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Secara keseluruhannya, pengumuman RPTM 2026–2035 disambut baik oleh warga Politeknik Mukah yang melihatnya sebagai pemangkin kepada pemerkasaan pendidikan TVET serta pembangunan modal insan negara.

Pengumuman Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 memberi penekanan terhadap pemerkasaan TVET melalui penaiktarafan politeknik, penyesuaian kurikulum dengan keperluan industri, peningkatan kebolehpasaran graduan serta penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), sekali gus mengangkat politeknik sebagai laluan pendidikan setaraf universiti.

Foto: Facebook Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji