Cubaan seludup 10 tan beras berjaya dipatahkan

BAU – Tentera Darat berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan rentas sempadan bernilai RM142,000 selepas memintas sebuah lori 10 tan di laluan haram Sektor Serikin, Sarawak pada malam Jumaat.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam apabila anggota bertugas mengesan kenderaan tersebut bergerak dalam keadaan mencurigakan dari arah Kampung Serikin menghala ke sempadan negara jiran.

“Pasukan bertindak tangkas mengepung laluan berkenaan dan berjaya menahan lori tersebut hanya beberapa kilometer sebelum mencecah garis sempadan antarabangsa.

“Pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemui 320 guni beras padi seberat 50 kilogram setiap satu yang cuba diseludup keluar,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Sehubungan itu, pihak tentera telah menahan pemandu lori yang merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 38 tahun.

Antara barangan yang turut dirampas ialah muatan beras dianggarkan bernilai RM64,000 serta sebuah lori 10 tan bernilai RM78,000 yang disita untuk tindakan lanjut.

Kesemua barang rampasan dan suspek telah diserahkan kepada pihak Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bagi tujuan siasatan.

Sementara itu, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil integriti utuh warga kerja di lapangan.

Beliau turut menegaskan komitmen tentera darat dalam memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan demi kedaulatan negara.

Related Posts

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

JOHOR BAHRU – Cadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor terus mencetuskan polemik apabila Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menyifatkan langkah itu sebagai tidak demokratik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

KUANTAN – Titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Titah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

Kedudukan dua ADUN Bersatu dipecat ditentukan selepas Sanusi menghadap Sultan Kedah

Kedudukan dua ADUN Bersatu dipecat ditentukan selepas Sanusi menghadap Sultan Kedah

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan