Gaji naik, rakyat terima, ekonomi bergerak – Ini cara ekonomi MADANI

ALHAMDULILLAH, tiga hari lepas golongan pencen telah menerima jumlah bayaran pencen yang diselaraskan.

Malah dimasukkan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.

Semalam, golongan penjawat awam yang masih berkhidmat pula yang memanjatkan syukur.

Bangun sahaja daripada tidur, periksa akaun bank. Alhamdulillah gaji masuk dengan kenaikan yang dijanjikan.

Tentunya ini akan sangat membantu golongan ibu bapa yang telah mengeluarkan perbelanjaan untuk sesi persekolahan anak-anak yang baru dibuka awal tahun ini.

Bagi rakyat biasa, kerajaan dinilai melalui satu perkara yang lebih dekat, yakni apa yang berlaku dalam kehidupan harian mereka.

Apabila Kerajaan MADANI meneruskan penyelarasan pencen dan kenaikan gaji penjawat awam Fasa 2, ia bukan sekadar keputusan fiskal di atas kertas.

Tindakan tersebut ialah keputusan yang menyentuh denyut nadi ekonomi rakyat secara domestik.

Penjawat awam secara kelompok besar, bukanlah golongan elit. Kebanyakannya golongan pertengahan yang berbelanja.

Mereka ialah anggota masyarakat seperti guru, jururawat, pegawai teknikal, kerani dan anggota keselamatan. Mereka ini golongan yang berbelanja secara harian.

Apabila pendapatan mereka meningkat, wang mengalir kembali ke pasaran, ke kedai runcit, ke bengkel-bengkel kecil, ke warung-warung makan, ke pasar malam hingga ke perkhidmatan tempatan seperti kedai gunting rambut.

Inilah realiti ekonomi rakyat, orang sekolah tinggi bidang ekonomi sebut ‘domestic consumption-driven growth’.

Dalam kehidupan sebenar, ia bermaksud pusingan wang kembali aktif dalam pasaran, membantu menstabilkan kuasa beli dalam keadaan kos sara hidup yang masih mencabar, tanpa mencetuskan inflasi secara mendadak.

Ini bukan langkah populis, inilah seni pengurusan ekonomi berlapik.

Semua ini mampu direalisasikan, kerana ekonomi negara mengukuh di bawah pentadbiran YAB PMX.

Ekonomi negara diurus secara cemerlang.

Yang mendapat kenaikan gaji ialah penjawat awam, yang pencen pula mendapat penyelarasan, namun yang menerima impaknya hampir seluruh kumpulan masyarakat.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan