89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 77 97 106 108 105 115 32 80 101 114 106 117 109 112 97 97 110 32 98 101 114 115 97 109 97 32 80 101 108 97 106 97 114 32 77 97 97 104 97 100 32 84 97 104 102 105 122 32 66 101 110 116 111 110 103 32 100 105 32 77 97 115 106 105 100 32 83 117 108 116 97 110 32 72 97 106 105 32 65 104 109 97 100 32 83 104 97 104 44 32 66 101 11
BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan bantuan segera diberikan kepada 106 keluarga miskin di Bentong, Pahang.
Terdahulu, Anwar melakukan lawatan kerja sehari di Pahang dengan agenda pertama menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah.
Dalam lawatan itu Anwar, berkata beliau memberi tempoh sebulan untuk keluarga berkenaan dikeluarkan dari kepompong miskin tegar.
“Saya dimaklumkan bahawa ketika ini terdapat sekitar 106 keluarga miskin tegar di Bentong.
“Saya mengarahkan supaya bantuan disegerakan dan keluarga-keluarga ini mesti dikeluarkan daripada kepompong miskin tegar dalam tempoh satu bulan,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial, hari ini.
Anwar berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Kerajaan MADANI meluluskan 563 projek berkepentingan rakyat bernilai RM32 bilion di Pahang, termasuk 34 projek bernilai RM1.66 bilion khusus untuk Bentong.
“Namun angka ini tidak bermakna jika pelaksanaannya gagal menyentuh realiti hidup rakyat.
“Kerana itu keutamaan kita tahun ini adalah memastikan setiap projek dilaksanakan segera, berintegriti dan benar-benar memberi kesan kepada keluarga, peniaga kecil serta komuniti setempat,” katanya.
Sebarang projek tertangguh akibat kelemahan pengurusan atau permasalahan kontraktor tidak boleh dibiarkan berlarutan hingga bertahun-tahun.
Sehubungan itu, katanya, semua peringkat wajib memantau kemajuan projek secara dekat.
“Ini kerana setiap kelewatan bererti rakyat terus dinafikan kemudahan dan perkhidmatan yang sepatutnya mereka nikmati.
“Tahun ini misalnya, kita akan menambah bilik darjah dan meningkatkan keselesaan bilik guru menjelang pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, termasuk pelaksanaan kemasukan prasekolah pada usia 5 tahun dan Tahun Satu pada usia 6 tahun secara sukarela,” katanya.
Tambahnya, kegagalan di peringkat pelaksanaan, termasuk projek bermasalah atau lewat disiapkan akan menjejaskan keselesaan pembelajaran dan masa depan anak-anak.
“Soal integriti juga tidak boleh dikompromi. Setiap wang yang disalurkan adalah amanah dan mesti sampai kepada rakyat, bukan mengalir ke poket mana-mana pihak.
“Kelonggaran kelulusan projek bukan ruang untuk disalah guna, tetapi ikhtiar mempercepat pelaksanaan supaya manfaatnya segera dirasai oleh rakyat,” katanya



