Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Naim berkata, usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan sektor berkenaan terus berkembang dan memberi manfaat langsung kepada rakyat di kawasan tersebut.

“Tentunya, selaras dengan kemampuan sendiri, sekiranya diangkat sebagai Ahli Parlimen dan dengan dana-dana yang ada, saya akan melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian untuk memperkukuh keadaan peniaga-peniaga kecil supaya keadaan mereka menjadi lebih baik berbanding sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ditemui dalam program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) Kinabatangan, di Koperasi Pelancongan Batu Puteh Kinabatangan (KOPEL), di sini, pada Rabu.

Tambahnya, kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan juga akan diperkukuhkan bagi memastikan dasar-dasar kerajaan bukan sekadar didengar, sebaliknya benar-benar dilaksanakan bersama masyarakat setempat.

“Peluang-peluang yang diwujudkan ini mesti sampai kepada rakyat.

“Ia perlu dilaksanakan secara bersama agar manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat Kinabatangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komitmennya untuk memperkukuh sokongan terhadap usahawan tempatan, terutamanya golongan peniaga kecil dan pengusaha pelancongan, selaras dengan usaha meningkatkan ekonomi setempat.

“Ada keperluan untuk saya mendapatkan pandangan serta cadangan daripada usahawan tempatan, khususnya pengusaha pelancongan, bagi membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.

“Ini penting untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Kinabatangan sekali gus memastikan ekonomi setempat terus hidup dan mengalami perubahan,” katanya.

Mengulas perkembangan kempen, Naim berkata, kempen semakin hangat dengan hanya tinggal tiga hari sebelum berakhir, sejak ia dilancarkan pada 10 Januari lalu.

“Saya berasa sangat gembira melihat maklum balas dan respons yang amat baik daripada masyarakat.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady