Kanada tekankan keutamaan Gaza dalam Board of Peace

PERDANA Menteri Kanada, Mark Carney, pada Selasa menyatakan kesediaan Ottawa untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, namun menegaskan sebarang penglibatan negaranya dalam inisiatif Board of Peace yang diterajui Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mesti menangani keperluan segera dan memberi impak nyata.

Carney berkata demikian ketika menyertai sesi perbincangan sempena Mesyuarat Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, selepas ditanya sama ada Kanada bersedia menyumbang dana sehingga AS$1 bilion seperti yang diminta pentadbiran Trump.

“Kami bersedia menyalurkan dana dan bantuan secara langsung untuk meningkatkan kebajikan rakyat Palestin, namun kami mahu memastikan sumbangan itu disampaikan secara terus kepada hasil yang jelas dan menyokong usaha ke arah keamanan,” katanya, lapor Anadolu.

Beliau mengesahkan Kanada menerima jemputan menyertai lembaga berkenaan dan menyifatkan kemajuan fasa pertama gencatan senjata di Gaza sebagai perkembangan positif.

“Inisiatif ini merupakan satu mekanisme yang positif. Namun, pada pandangan kami, struktur sebenar lembaga ini perlu diperhalusi… Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2803 memang merujuk kepada penubuhan Board of Peace bagi Gaza,” katanya.

Menurut Carney, lembaga itu perlu segera beroperasi di Gaza dan diselaraskan dengan kemasukan penuh bantuan kemanusiaan.

“Kita masih belum berada pada tahap yang diperlukan. Keadaan di Gaza masih amat mengerikan dan perkara ini mesti diberi keutamaan,” katanya sambil menegaskan perlunya penambahbaikan dalam aspek tadbir urus dan pembuatan keputusan.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM) menyambut baik pendirian Carney dan menyifatkannya sebagai langkah ke arah yang betul.

“Menyatakan bahawa bantuan kemanusiaan adalah garis merah serta komitmen Perdana Menteri untuk mendekati Board of Peace secara berhati-hati merupakan satu perkembangan positif,” katanya dalam kenyataan di platform X.

  • Related Posts

    Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

    AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

    PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

    KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

    Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

    Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

    Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

    Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

    Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

    Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

    Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

    Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

    Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

    Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik