Kompleks Mini NRES Sabah RM80.9 juta dijangka siap 2029

KOTA KINABALU – Projek pembinaan Kompleks Mini Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Sabah bernilai RM80.9 juta dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2029.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kompleks mini tersebut akan menempatkan semua jabatan utama kementerian berkenaan di negeri ini.

“Kompleks yang dibina di atas keluasan 6.77 ekar itu akan memusatkan empat jabatan utama kementerian yang sebelum ini beroperasi secara berasingan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

“Pembinaan projek berkenaan telah bermula sejak hujung tahun lalu dengan tempoh pelaksanaan selama 40 bulan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Pelancaran Projek Pembinaan Kompleks Mini Kementerian Sumber Asli dan Kelesterian Alam (NRES) Sabah, pada Sabtu.

Tambahnya, bangunan berkenaan akan dilengkapkan dengan fasiliti mesra alam yang dirangka berasaskan elemen hijau, sejajar dengan dasar kerajaan dalam memperluas dan memperkukuh amalan pembinaan lestari dalam sektor awam.

“Fasiliti yang akan disediakan merangkumi dewan serbaguna, makmal Jabatan Mineral dan Geosains, gudang serta pejabat pengurusan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi menyokong keperluan operasi, latihan dan penyelarasan antara jabatan.

“Kewujudan kompleks itu akan mengurangkan kebergantungan kepada bangunan sewaan serta membolehkan urusan pentadbiran, mesyuarat dan latihan dilaksanakan secara berpusat dalam satu lokasi tetap,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok