Degil berniaga di lokasi haram, MBM sita jualan durian

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak tegas menyita hasil jualan durian di sekitar bandar raya ini selepas peniaga didapati ingkar arahan dan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Operasi penguatkuasaan yang dijalankan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Januari lalu itu menyaksikan sejumlah besar raja buah tersebut dirampas kerana melanggar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan sitaan itu merupakan langkah terakhir yang diambil selepas amaran bertulis serta kompaun yang dikeluarkan sebelum ini tidak diendahkan oleh segelintir peniaga.

“Pihak Majlis telah memberi peluang secukupnya termasuk mengeluarkan amaran awal, namun mereka masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita sebenarnya telah menyediakan lokasi khas jualan durian di Pujut Corner bagi membolehkan mereka berniaga secara teratur, selamat dan sah, namun masih ada yang enggan memberikan kerjasama,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut MBM, tindakan segelintir peniaga yang menjaja di lokasi tidak dibenarkan telah menjejaskan aspek kebersihan persekitaran selain mengganggu kelancaran lalu lintas.

Justeru, MBM menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Peniaga diseru supaya memberikan kerjasama penuh dengan berniaga hanya di lokasi yang diwartakan demi kepentingan bersama dan memastikan bandar raya Miri kekal bersih serta teratur,” ujarnya.

Foto: Majlis Bandaraya Miri

Related Posts

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

TAWAU – Penurunan harga diesel yang diumumkan kerajaan disifatkan sebagai langkah positif, bagaimanapun pelaksanaannya perlu mengambil kira geografi dan cabaran logistik di Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik utama kediamannya di aras 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia