
PENUBUHAN syarikat korporat empat negeri pembangkang, SG4 bakal merugikan Terengganu sebagai pengeluar dana terbesar.
Kerajaan negeri disarankan agar tidak menerima cadangan bekas Perdana Menteri merangkap panel penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya hasil bumi negeri tersebut tidak dikongsikan bersama negeri lain.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Greater Terengganu Development menyuarakan kebimbangan berkenaan tatkala Kerajaan Terengganu kekurangan dana petroleum bagi memenuhi keperluan operasi.
“Sebelum ini kita kerap mengeluh bilamana hasil minyak Terengganu dibahagikan kepada negeri-negeri lain. Tetapi hasil petroleum ini adalah di luar kawalan kita atas sekatan undang-undang persekutuan.
“Jadi mengapa pula hasil nadir bumi yang tiada sekatan undang-undang ini boleh pula kita agih kepada negeri lain?
“Pembahagian sama rata juga sebenarnya tidak adil untuk negeri-negeri besar. Bajet Terengganu adalah lebih 6 kali ganda berbanding Perlis. Maka negeri kita sudah tentu memerlukan lebih banyak hasil berbanding negeri itu,” katanya di Facebook pada Selasa.
Sementara itu, katanya lagi, kerajaan juga kerap mengeluh bilamana hasil minyak Terengganu dibahagikan kepada negeri-negeri lain.
“Hasil petroleum ini adalah di luar kawalan kita atas sekatan undang-undang persekutuan. Jadi mengapa pula hasil nadir bumi yang tiada sekatan undang-undang ini boleh pula kita agih kepada negeri lain?
“Pembahagian sama rata juga sebenarnya tidak adil untuk negeri-negeri besar. Bajet Terengganu adalah lebih 6 kali ganda berbanding Perlis. Maka negeri kita sudah tentu memerlukan lebih banyak hasil berbanding negeri itu,” katanya.
Turut dibimbangi pengendali akaun itu tentang persoalan sekiranya salah satu daripada empat negeri itu jatuh kepada pihak lawan dan adakah syarikat itu akan dibatalkan serta kerugian bakal ditanggung.
“Justeru, mohon untuk perhalusi kembali cadangan Tun Mahathir. Setuju kepakaran perlu dikongsi, tetapi hasil negeri biarlah kekal dinikmati oleh rakyat negeri masing-masing,” ujarnya.
Terdahulu, Tun Mahathir berkata, menerusi syarikat tersebut, setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
Menurutnya, setiap negeri memiliki 25 peratus saham syarikat tersebut dan ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis, juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain.




