Khazanah, Think City diberi mandat ubah wajah KL – Anwar

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Think City diberikan amanah oleh kerajaan untuk mengubah landskap peta Kuala Lumpur tanpa mengubah wajah warisan gemilang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu wajah baharu Kuala Lumpur yang dimodenkan tidak meminggirkan warisan budaya sedia ada.

“Bila saya tunjukkan keyakinan pada Khazanah dan kita mendukung cadangan yang sangat penting untuk tentukan arah dan landskap peta Kuala Lumpur.

“Dari bangunan Sultan Sulaiman, Padang Merdeka ke stesen keretapi ke Carcosa sebagai kawasan yang disebut warisan dan daya cipta heritage and creativity,” katanya ketika sambutan 30 tahun Khazanah di MITEC, pada Selasa.

Memperincikan maksud beliau itu, Anwar menjelaskan maknanya dari segi kerajaan beri amanah sangat besar untuk tentukan wajah Kuala Lumpur itu tidak hilang daripada wajah warisan negara dan bangsa dan di samping itu ia juga berikan suatu asakan baru kerana dunia menuntut kita memikir masa depan kita.

“Inilah satu wajah Kuala Lumpur dari warisan Sultan Abdul Samad hingga Carcosa, di mana diletakkan isu heritage tetapi digabungkan sinergi tentang aspek yang dianggap baru moden dan dunia AI.

“Bagaimana nak buat bukan urusan saya, tetapi Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal (Wan Zahir) dan Think City, if not why nama Think City you better think properly and give me the answer.

“Sebelum Belanjawan Oktober ini, saya nak pastikan supaya ada gambaran jelas kepada negara bahawa kita ada usul untuk memulakan wajah Kuala Lumpur yamg tidak terpisah dari warisan budaya gemilang kita,” katanya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang