
KUALA LUMPUR – Pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun 2024 telah melonjak ke RM160 bilion.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kesemua pelaburan tersebut melibatkan hampir 3,000 projek baharu yang akan membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia
“Agenda reformasi kerajaan membuahkan hasil justeru pertumbuhan ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan 4.2 peratus suku pertama 2024 dan 5.9 peratus suku kedua 2024, melebihi unjuran awal.
“Buat julung kalinya, suka saya umumkan bahawa jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun 2024 telah melonjak ke RM160 bilion, peningkatan mengagumkan sebanyak 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
“Kesemua pelaburan tersebut melibatkan hampir 3,000 projek baharu yang akan membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” umum Anwar pada sambutan ke-30 Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di MITEC pada Selasa.






