Sarawak negeri pertama tua menjelang 2030

MIRI – Menjelang 2030, Sarawak dijangka menjadi negeri pertama di Malaysia yang berstatus negeri tua.

Status berkenaan dikenal pasti menerusi kajian Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak yang dilaksanakan setiap dua tahun.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, melalui kajian yang dijalankan, antara faktor terjadinya sedemikian kerana jangka hayat penduduk yang panjang beserta dengan kadar kesuburan yang rendah.

Justeru itu, bermula Oktober kelak, kementeriannya akan melaksanakan kajian berkenaan di bawah Majlis Pembangunan Sosial (MPS).

“Kajian tersebut akan dilaksanakan oleh tiga universiti di Sarawak iaitu Curtin University Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), dan Swinburne University of Technology Sarawak dengan memberi tumpuan khas kepada wilayah utara dan selatan Sarawak untuk menjalankan kajian mengenai profil penuaan di Sarawak” ujar beliau pada Persidangan Penyelidikan Komuniti dan Kelangsungan Globesync (Globecores 2024) di Curtin University Malaysia, Miri pada Isnin.

“Kajian ini bertujuan menjadi garis panduan yang menyeluruh dan intensif serta melibatkan ramai responden, terutama di kawasan bandar dan luar bandar, peringkat bahagian dan daerah,” tambah beliau.

“Kami tidak bermula dari kosong kerana sudah mempunyai sistem sokongan untuk golongan warga emas, tetapi kami sedar masih terdapat jurang yang perlu ditangani.

“Oleh itu, saya berharap melalui kajian ini dapat membantu dalam mewujudkan sistem sokongan yang tepat menjelang 2028,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan