Jenayah menurun, dadah dirampas bernilai jutaan ringgit

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 6.9 peratus sepanjang tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, sebanyak 917 kes jenayah dilaporkan pada tahun 2025, berkurang berbanding 985 kes pada tahun 2024.

Menurut beliau, penurunan ini disebabkan oleh pengurangan kes curi kenderaan, khususnya kecurian motosikal yang turun lebih 20 peratus.

“Walaupun jenayah harta benda berkurangan, kita mendapati berlaku peningkatan dalam jenayah kekerasan sebanyak 20.41 peratus, iaitu daripada 98 kes kepada 118 kes pada tahun lalu,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan IPD Kuching.

Kejayaan besar narkotik

Dalam pada itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching merekodkan kejayaan luar biasa apabila berjaya merampas dadah bernilai RM25 juta sepanjang 2025.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak berbanding rampasan bernilai RM5 juta pada tahun 2024.

“Seramai 2,480 individu telah ditahan atas kesalahan dadah, termasuk 128 orang pengedar,” jelas Alexson.

Statistik trafik dan nasihat kepada orang ramai

Bagi kesalahan jalan raya, polis telah mengeluarkan hampir 51,000 saman pada tahun 2025, meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya.

Alexson turut menasihati orang ramai supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing kerana ia sangat membantu polis dalam siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

Beliau juga menggalakkan masyarakat menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk menyalurkan maklumat jenayah dengan pantas.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh