Projek SK Sebemban selesai, sedia digunakan 2026

SPAOH – Projek pembinaan gantian penuh Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban kini siap sepenuhnya dan dijangka mula digunakan pada sesi persekolahan tahun 2026, sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada pelajar serta warga sekolah.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pihak sekolah diminta untuk berpindah ke bangunan baharu tersebut dalam tempoh terdekat sebelum pembukaan rasmi sesi persekolahan pada 12 Januari ini.

“Projek pembinaan sekolah ini telah siap sepenuhnya dan sedia digunakan untuk sesi persekolahan 2026.Saya berharap pihak sekolah dapat berpindah segera supaya segala persiapan dapat dibuat sebelum sekolah dibuka secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penyerahan Projek Pembinaan Gantian Penuh SK Sebemban yang berlangsung pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohammad Razi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar, demi memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar sentiasa terjamin.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat agar bersama-sama memelihara kemudahan sekolah tersebut kerana ia bukan sahaja lengkap dan selesa, malah mampu menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif.

Menurutnya, pembinaan bangunan baharu itu juga memberi kelegaan kepada warga sekolah yang sebelum ini terdedah kepada risiko hakisan sungai di tapak sekolah lama.

“Pelajar kini tidak lagi perlu berdepan kebimbangan terhadap masalah hakisan sungai seperti di lokasi lama yang terletak di tebing sungai dan sering mengalami hakisan teruk hampir setiap tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan akan terus berusaha memperbaiki serta menaik taraf infrastruktur pendidikan di kawasan Saribas, termasuk sekolah-sekolah lain yang memerlukan perhatian.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu dan Residen Bahagian Betong, Datuk Richard Michael Abunawas.

Foto: Facebook MySaribas Sarawak

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan