Banjir: 49 penduduk Kampung Belimbing A terjejas

SERIAN – Seramai 49 penduduk daripada 11 keluarga di Kampung Belimbing A, di sini, terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak pagi Khamis.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Serian dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian banjir kilat itu berpunca daripada limpahan air sungai berdekatan yang menyebabkan kawasan rendah di kampung berkenaan dinaiki air sedalam satu hingga dua kaki.

Berdasarkan laporan pemantauan yang dijalankan bermula jam 7.58 pagi hingga 12.22 tengah hari tadi, sebanyak 11 buah rumah didapati terjejas.

“Jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 49 orang yang terdiri daripada 31 lelaki dan 18 perempuan.

“Pecahan mangsa melibatkan 11 warga emas, 24 orang dewasa dan 14 kanak-kanak. Tiada mangsa daripada kategori bayi atau Orang Kurang Upaya (OKU) direkodkan terlibat setakat ini,” menurut kenyataan tersebut.

Operasi pemantauan bersepadu itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan setakat ini memandangkan keadaan banjir masih terkawal dan trend air menunjukkan penurunan ketika tinjauan dilakukan.

“Penduduk kampung dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan semasa, terutamanya sekiranya berlaku hujan lebat berterusan,” tambah kenyataan itu lagi.

Agensi penyelamat akan terus melakukan rondaan berkala di kawasan berisiko sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 ini bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding