Dakwaan Sanusi isu Pulau Pinang bercanggah Perlembagaan

GEORGE TOWN –  Cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu mencabar hak tanah Pulau Pinang bukan sahaja mengelirukan, malah bercanggah secara asas dengan kerangka Perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia telah dimuktamadkan oleh  Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipertikai berdasarkan tafsiran sejarah terpilih.

“Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara telah dengan jelas menyenaraikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri di bawah Perkara 1(2), sekali gus memberikan pengiktirafan undang-undang yang mengikat dan muktamad.

“Oleh itu, tiada sebarang tuntutan sejarah sebelum kemerdekaan boleh mengatasi autoriti Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kedaulatan dan tadbir urus Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu, Muhammad Sanusi memaklumkan, isu berkaitan pajakan Pulau Pinang perlu diperjelas secara telus kepada semua pihak berkaitan.

Menurut beliau, ini kerana negeri itu termasuk Seberang Perai adalah wilayah hak milik Kesultanan Kedah sejak zaman silam yang diduduki secara haram melalui penipuan oleh penjajah bermula 9 Ogos 1786.

Mengulas lanjut, Syerleena berkata, kedudukan Pulau Pinang diperkukuh melalui Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang berkuat kuasa sejak 1957 yang menetapkan struktur pentadbiran negeri termasuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

“Kuasa-kuasa ini tidak pernah diberikan oleh Kedah dan tidak juga berpunca daripadanya. Ia wujud secara langsung melalui peruntukan perlembagaan.

“Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dengan jelas tidak mengiktiraf sebarang kuasa baki, hak pemilikan atau hak penyeliaan Kedah ke atas Pulau Pinang atau Seberang Perai,” katanya.

Tambahnya, rujukan kepada perjanjian antara Syarikat Hindia Timur British dan Kesultanan Kedah hanyalah sebahagian daripada sejarah era kolonial yang tidak lagi berkuat kuasa selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.

“Dalam prinsip undang-undang perlembagaan, kedaulatan berpunca daripada Perlembagaan, bukan daripada pemilikan sejarah atau hubungan berasaskan ufti.

“Saya menolak tanggapan bahawa Pulau Pinang wujud atas ihsan negeri lain, sebaliknya menegaskan negeri itu menyertai Persekutuan sebagai entiti politik berasingan yang diwakili dalam rundingan perlembagaan,” katanya.

Related Posts

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri