Negara Eropah bantah pemotongan air, elektrik ke kemudahan UNRWA

TUJUH negara Eropah pada Isnin mengecam undang-undang Israel yang membenarkan pemotongan bekalan air, elektrik dan komunikasi ke kemudahan yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Dalam satu kenyataan bersama, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta, Norway, Slovenia dan Sepanyol menegaskan tindakan berkenaan melemahkan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melanggar undang-undang antarabangsa serta bercanggah dengan dapatan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), selain membawa implikasi kemanusiaan yang serius terhadap penduduk awam dan pelarian Palestin.

Kenyataan itu turut menggesa Israel memastikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ditubuhkan secara sah terus dibenarkan beroperasi di Gaza, serta menghentikan sebarang tindakan membatalkan pendaftaran organisasi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, peranan PBB, khususnya UNRWA, bersama pertubuhan kemanusiaan dan NGO lain adalah amat penting bagi menangani krisis kemanusiaan yang disifatkan sebagai bencana di Gaza.

“Kami menegaskan kewajipan untuk memastikan akses kemanusiaan yang penuh, selamat dan tanpa halangan, selain membolehkan operasi kemanusiaan PBB dan rakan-rakannya terus berfungsi selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan obligasi undang-undang antarabangsa yang berkaitan,” menurut kenyataan itu, lapor Anadolu.

Ia turut menekankan bahawa penghormatan terhadap keistimewaan dan kekebalan PBB serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah satu keperluan yang tidak boleh dikompromi.

Minggu lalu, Parlimen Israel meluluskan pindaan terhadap Undang-Undang Penamatan Operasi UNRWA, yang antara lain membolehkan pemotongan bekalan air dan elektrik ke kemudahan agensi berkenaan.

Fasa pertama perjanjian itu berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, namun Israel didakwa terus melanggar beberapa peruntukannya serta menangguhkan peralihan ke fasa kedua.

Related Posts

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah