PUTRAJAYA – Agenda Malaysia MADANI yang diterajui kerajaan bukan hanya tertumpu kepada bantuan kewangan atau pencapaian ekonomi, sebaliknya bertujuan mengembalikan maruah dan harga diri rakyat.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, pendekatan itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memastikan kebajikan rakyat dilaksanakan secara berperikemanusiaan dan bermaruah.
Menurut beliau, apa yang Perdana Menteri tekankan ialah bagaimana dasar kerajaan dapat memberi kesan terus kepada kehidupan rakyat, bukan sekadar angka atau statistik.
“Komen ataupun pandangan umum dekat luar sana masih lagi yang negatifnyalah, minta maaf saya sebut ini, nampaknya lebih banyak daripada yang positif sedangkan rakyat menerima semua inisiatif-inisiatif, beratus sebenarnya.
“Tetapi yang barangkali Perdana Menteri cuba nak lontarkan ialah orang macam tidak bercakap, tidak berbicara tentang segala kebaikan ini. Mungkin juga karena yang amat menghormat Perdana Menteri sewaktu Pilihan Raya DUN Sabah itu, bertemu dengan satu watak yang namanya Aminah Sulaiman.
“Watak itu bagi Tok Abah satu bukan saja optik dalam konteks meraihkan apa yang kerajaan buat, tetapi satu suara hati yang sangat jujur dan sangat ikhlas. Bagaimana seorang warga yang selama ini merasakan maruah beliau terpaksa diketepikan kerana faktor kemiskinan, faktor untuk memastikan ada makanan atas meja untuk keluarga dia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada podcast Minda Tok Abah yang turut dihadiri Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin sebagai tetamu jemputan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, Minah Sulaiman, yang sanggup bertemu Perdana Menteri hanya untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diterimanya.
“Beliau bukan datang untuk meminta wang, tetapi untuk menyatakan penghargaan kerana dasar itu mengembalikan dignity dan karamah insaniah beliau.
“Kadang-kadang kebaikan yang dibuat tidak dibicarakan, sebaliknya yang lantang di media sosial adalah kecaman dan maki hamun,” katanya.
Ismail berkata, pelaksanaan inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan bersasar menggunakan MyKad memudahkan golongan memerlukan mendapatkan keperluan asas tanpa melalui proses birokrasi yang rumit.
“Dengan hanya menggunakan kad pengenalan, penerima boleh membeli barangan keperluan asas. Itu satu bentuk pengiktirafan terhadap maruah mereka sebagai warganegara,” katanya.
Ismail berkata, Malaysia MADANI bukan milik kerajaan semata-mata, sebaliknya cita-cita bersama dalam membina negara bangsa.
“Menjelang 2026, fokus kami ialah memperkukuh komunikasi agar rakyat bukan sahaja tahu, tetapi turut merasai dan memahami dasar kerajaan,” katanya




