Keperluan mewajibkan pemberian bonus dalam kontrak pekerjaan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri disaran memasukkan pembayaran bonus secara wajib kepada kakitangan dalam tawaran pekerjaan atau kontrak perkhidmatan masing-masing.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH), Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, cadangan itu dapat meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya menjelang musim persekolahan.

Menurutnya, cadangan tersebut juga dapat mengelakkan kakitangan kerajaan daripada terus hidup dalam kegusaran akibat ketidaktentuan sama ada perbelanjaan asas keluarga mereka dapat ditampung atau tidak.

“Walaupun ada kerajaan yang hampir setiap tahun mengumumkan pemberian bonus, ia lazimnya bergantung kepada budi bicara Perdana Menteri atau Menteri Besar semata-mata.

“Keadaan itu menjadikan bonus sebagai sesuatu yang tidak menentu dan berpotensi dijadikan alat atau umpan politik oleh parti-parti pemerintah.

“Sebaliknya, jika pembayaran bonus diiktiraf sebagai hak pekerja dan dimasukkan secara jelas sebagai sebahagian daripada kontrak pekerjaan, para pekerja tidak boleh ditekan, diugut atau dipinggirkan,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Iskandar berpendapat, dengan sesi persekolahan baharu akan bermula tidak lama lagi, ibu bapa kini mula membuat persiapan seperti membeli buku, kelengkapan serta pakaian sekolah untuk anak-anak.

Katanya, persiapan itu melibatkan perbelanjaan tambahan yang memberi tekanan khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah, lebih-lebih lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Realitinya masih terdapat ramai ibu bapa yang tidak mempunyai simpanan mencukupi dan tidak menerima sebarang bonus.

“Akibatnya, anak-anak mereka berisiko memulakan sesi persekolahan dalam keadaan yang serba kekurangan, sekali gus menjejaskan proses pembelajaran dan keyakinan diri mereka,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James