46 murid sertai Program Berkhatan DUN Kabong 2025

KABONG – Seramai 46 murid lelaki daripada lima sekolah rendah di Zon Kabong menyertai Program Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong 2025 yang berlangsung meriah pada Sabtu.

Program tersebut dirasmikan secara simbolik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir, sekali gus mencerminkan keprihatinan berterusan beliau terhadap kebajikan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

Program berkhatan berkenaan merupakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong dengan kerjasama Biro Pendidikan Islam Zon Kabong serta Pusat Khidmat DUN Kabong.

Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong, Sekolah Kebangsaan To’ Eman Nyabor, Sekolah Kebangsaan Abang Moh Sessang, Sekolah Kebangsaan Kampung Gerigat dan Sekolah Kebangsaan Kampung Empelam.

Sebagai simbolik perasmian, kesemua peserta disiram air oleh Persatuan Bomba Sukarela Kabong (PBSK), yang disempurnakan oleh beliau sendiri.

Simbolik tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah membantu mengurangkan rasa gementar dalam kalangan peserta sebelum menjalani proses berkhatan.

Dalam ucapannya, Mohd Chee menegaskan bahawa amalan berkhatan merupakan tuntutan dalam Islam selain membawa kepentingan dari aspek kebersihan dan kesihatan.

“Amalan berkhatan bukan sahaja satu tuntutan agama, malah melambangkan kebersihan, kesihatan serta kematangan bagi kanak-kanak lelaki. Program seperti ini amat bermanfaat dan wajar diteruskan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama erat dalam menjayakan program berkenaan, selain menyatakan komitmen untuk meneruskan tajaan program berkhatan pada tahun hadapan.

“Saya akan terus menyokong dan menaja program berkhatan ini pada tahun 2026 sebagai usaha meringankan beban ibu bapa serta memastikan kebajikan anak-anak di DUN Kabong terus terbela,” tambahnya.

Mohd Chee berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh semangat kebersamaan, keprihatinan sosial serta hubungan erat dalam kalangan masyarakat setempat.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong, Majenin Jahar; Timbalan Ketua Cawangan PBB Kabong, Abdullah Sulaiman; wakil agensi terlibat, para ibu bapa serta jemputan lain.

Related Posts

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

LIMBANG – Daerah Limbang kini bersedia mengorak langkah transformasinya daripada sekadar sebuah bandar persinggahan sempadan kepada hab perdagangan, pelancongan, dan pelaburan rentas sempadan serantau yang dinamik. Timbalan Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SANDAKAN – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya iaitu Parlimen Penampang dan Tuaran, dalam perbincangan mengenai pembahagian kerusi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presidennya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

Kutip dana bayar denda, UMNO beri mesej salah kepada generasi muda

Kutip dana bayar denda, UMNO beri mesej salah kepada generasi muda