MARC Ratings kekal penarafan AAA Malaysia

PUTRAJAYA – MARC Ratings mengekalkan ‘penarafan berdaulat maklumat awam’ ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.

Katanya, penarafan AAA mencerminkan kredit Malaysia yang kukuh, termasuk ekonomi yang terbuka dan pelbagai, dasar monetari yang baik, sektor kewangan berdaya tahan serta kemajuan berterusan dalam pembaharuan struktur dan institusi.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 walaupun terdapat ketidaktentuan luaran dan dijangka mampan pada 2026.

“Ia disokong pelaburan asing kukuh, terutamanya dalam pembuatan dan perkhidmatan dengan nilai tambah tinggi, selain penggunaan isi rumah yang berdaya tahan dan pasaran tenaga kerja yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penarafan itu berkata, dasar monetari Malaysia kekal menjadi kekuatan kredit teras, mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Kedudukan Malaysia pada peringkat luaran kekal kukuh, dengan lebihan akaun semasa yang konsisten, penampan rizab antarabangsa mencukupi dan bahagian hutang awam dalam denominasi mata wang asing yang rendah.

“Ringgit mengukuh pada sekitar lapan peratus sehingga akhir November 2025, mencerminkan tekanan luar yang terkawal,” katanya.

Menurut MARC Ratings lagi, pelonggaran dasar Bank Negara Malaysia melalui Keperluan Rizab Berkanun yang lebih rendah dan penurunan Kadar Dasar Semalaman membantu mengekalkan aliran kredit dan mengurangkan kos pembiayaan dalam ketidaktentuan global.

“Komitmen kerajaan terhadap pengukuhan fiskal di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dijangka menyokong kedudukan hutang yang semakin baik secara berperingkat untuk tempoh sederhana, dengan defisit fiskal diunjurkan terus mengecil.

“Bagaimanapun, mencapai pertumbuhan dan matlamat fiskal yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, bergantung pada pelaksanaan dasar konsisten dan berkesan,” katanya.

Tinjauan stabil mencerminkan jangkaan MARC Ratings bahawa Malaysia akan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang baik, terus meningkatkan kecekapan fiskal dan mencatat kemajuan seterusnya dalam menangani kekangan struktur, termasuk subsidi, ketirisan hasil dan hutang awam yang meningkat.

“Pada masa depan, keutamaan untuk mengukuhkan profil kredit Malaysia termasuklah metrik fiskal yang terus bertambah baik selain pertumbuhan hutang yang sederhana melalui langkah pengukuhan fiskal yang berterusan dan memastikan pelaksanaan sasaran ekonomi yang dirancang adalah mengikut jadual.

“Sebaliknya, kegagalan untuk memenuhi matlamat pengukuhan fiskal atau sasaran ekonomi seperti yang dirancang boleh menyebabkan profil kredit negara lemah,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung