Polis berkas dua individu, tumpas kes pecah rumah dan curi kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kes pecah rumah dan melarikan kenderaan susulan tangkapan dua individu dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar Menggatal, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, tangkapan itu dibuat hasil tindakan pantas dan risikan terperinci Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kota Kinabalu dan menyelesaikan kes dalam tempoh tidak melebihi 24 jam.

Katanya, kedua-dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan tempatan berumur dalam lingkungan 30-an ditahan dalam dua serbuan berasingan.

“Siasatan awal mendapati suspek-suspek terlibat dalam satu kes utama pecah rumah dan curi kenderaan yang berlaku di kawasan Taman Ujana Kingfisher selain dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga lagi kes pecah rumah di sekitar daerah Luyang dan Menggatal.

“Polis kemudian merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah kedua-dua suspek antaranya kenderaan, peralatan pecah rumah yang diubah suai, telefon bimbit pelbagai jenama, jam tangan pintar, komputer tablet, kamera digital, beg tangan serta barangan peribadi lain,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Kasim, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan curi serta dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek didapati positif dadah, manakala seorang lagi negatif.

“Kedua-dua suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 457 serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Related Posts

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas usaha memartabatkan makanan tradisional Sabah dengan memperkenalkan pendekatan psikologi dan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) bagi meningkatkan kesedaran serta sikap positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan