Isu adendum masih boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan

KUANTAN – Keputusan diumumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini, perlu dihormati semua pihak.

Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, hujahan hakim mengendalikan kes itu secara jelas memberikan gambaran bahawa perintah tahanan rumah kepada Najib tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari tahun lalu.

Mohd Fadzli yang juga ADUN Lantikan Pahang bagaimanapun menjelaskan, keputusan itu masih boleh dirayu di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Saya menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan adendum – Perintah Tahanan Rumah – dan menyifatkan isu itu wajar diberi perhatian serius.

“Justeru, kes ini wajar dirayu bagi memperjelaskan kedudukan perintah tahanan rumah serta prosedur Lembaga Pengampunan, sekali gus berpotensi menjadi rujukan kehakiman dalam sistem perundangan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan simpati Najib dan keluarga serta berharap mereka diberi kekuatan dalam menghadapi perkembangan dan keputusan penghakiman hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman pemenjaraannya di bawah tahanan rumah.

Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan dan membaca alasan penghakiman selama hampir sejam.

Dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi itu bekas Perdana Menteri itu akan terus menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang sehingga tempoh hukuman tamat.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang