Program JASS bantu ringankan kos sara hidup penduduk Balingian

BALINGIAN – Program Jualan Agro Sarawakku Sayang (JASS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) terus menjadi inisiatif berkesan dalam membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan pada harga lebih rendah dan berpatutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, program tersebut selari dengan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara serta Dasar Pertanian Negara 2.0 khususnya dalam memastikan keterjangkauan dan keselamatan bekalan makanan kepada masyarakat.

Menurutnya, JASS yang dilancarkan pada 30 Ogos lalu oleh Menteri MFICORD, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom merupakan satu usaha berimpak tinggi kerajaan negeri bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Program ini bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah malah turut menyokong kelangsungan sektor pertanian tempatan,” katanya ketika merasmikan penganjuran JASS di Anjung Selera Balingian pada Isnin.

Program JASS yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi berkaitan menawarkan pelbagai komoditi termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan serta daging.

Penganjuran program tersebut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian membolehkan penduduk setempat menikmati penjimatan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa.

Nilai keseluruhan jualan program berkenaan dianggarkan mencecah RM25,000 dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 isi rumah di kawasan berkenaan.

Selain mempromosikan hasil pertanian keluaran Sarawak, JASS turut berperanan sebagai program ‘Quick Win’ yang berkonsep kos rendah tetapi berimpak tinggi dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.

Program itu juga meningkatkan kebolehcapaian serta ketersediaan bekalan makanan segar pada harga berpatutan, di samping membuka peluang pasaran baharu kepada peserta Program Ladang Kontrak serta usahawan tempatan menerusi konsep jualan terus kepada pengguna.

Dalam jangka panjang, pelaksanaan JASS dijangka menyumbang kepada peningkatan purata nilai jualan sebanyak lima peratus setahun selain menggalakkan amalan pemakanan sihat melalui kempen pengambilan buah-buahan tempatan serta memperkenalkan keunikan hasil pertanian Sarawak kepada masyarakat.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pemasaran Industri Agromakanan) FAMA Negeri Sarawak, Adeyong Tomick.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan hampir RM100,000 bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap sistem perkhidmatan bas di bandar raya Kuantan. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

KUCHING – Kontinjen Sarawak diseru mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, sekali gus membuktikan kemampuan sebenar atlet negeri itu di luar halaman sendiri. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang