Agenda bandar hijau Sarawak tarik perhatian antarabangsa – Abang Johari

KUCHING – Usaha Sarawak membangunkan bandar rendah karbon melalui pelaksanaan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) kini mula menarik perhatian di peringkat antarabangsa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan Sarawak dalam merancang pembangunan bandar berasaskan mobiliti hijau dan kecekapan tenaga mendapat perhatian pihak luar, khususnya berkaitan komitmen negeri ini terhadap agenda rendah karbon.

“Dunia sedang memerhati apa yang kita lakukan. Mereka melihat bagaimana kita merancang bandar rendah karbon dan bagaimana sistem pengangkutan awam seperti ART memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan dan sesi taklimat ke Tapak ART Hikmah Exchange Hub (Padang Pasir) pada Jumaat. 

Abang Johari berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, malah meletakkan negeri ini sebagai antara perintis dalam pelaksanaan agenda bandar hijau di Malaysia.

Menurutnya, pembangunan bandar rendah karbon memerlukan perancangan jangka panjang, termasuk penyelarasan dasar, penggunaan teknologi bersih serta perubahan corak mobiliti masyarakat.

“Ini adalah pelaburan untuk masa depan. Kita mahu memastikan pembangunan yang dilaksanakan hari ini tidak menjejaskan generasi akan datang,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar berkaitan kelestarian, termasuk memastikan projek ART dan pembangunan bandar dilaksanakan secara bersepadu dan berlandaskan prinsip alam sekitar.

Tambahnya, kejayaan agenda ini akan meningkatkan imej Sarawak di mata dunia serta membuka peluang kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi hijau dan pembangunan mampan.

Related Posts

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

BATU PAHAT – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni masyarakat setempat menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Edisi Goreng Pisang Panas yang berlangsung di Gerai Setara, Taman Banang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

MUAR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil berkata, seramai 157 nelayan Maharani di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar menerima sumbangan tong ikan berinsulasi bernilai RM47,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi