Hajiji arah Setiausaha Politik salur maklumat inisiatif kerajaan kepada akar umbi

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan 18 Setiausaha Politik yang baharu dilantik supaya memastikan maklumat mengenai inisiatif dan dasar Kerajaan Negeri sampai ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, peranan setiausaha politik amat penting dalam sistem pentadbiran negeri.

“Saya mahu semua setiausaha politik membantu kerajaan dan menteri masing-masing, khususnya dalam menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan.

“Yang penting, dalam menyampaikan maklumat mengenai Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang akan bermula tahun hadapan,” katanya pada majlis angkat sumpah 18 Setiausaha Politik di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Hajiji turut mengimbas pada Pilihan Raya Negeri lalu, kebanyakan rakyat yang ditemuinya tidak mengetahui inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan walaupun ia telah dihebahkan secara meluas di semua platform media.

Katanya, isu seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh Kerajaan Negeri sebelum ini serta hakikat bahawa 39 pemegang sijil tersebut telah dianugerahkan biasiswa kerajaan juga tidak diketahui oleh masyarakat Cina.

“Saya terkejut apabila ramai dalam kalangan masyarakat Cina tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri walaupun pelbagai bantuan telah disalurkan kepada sekolah- sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam.

“Saya juga hairan mengapa mereka tidak mengetahui bantuan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Sabah sebelum ini. Kerajaan Negeri (diterajui GRS) telah memperuntukkan lebih RM1.3 bilion bagi pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya.

Jelasnya, ia termasuk bantuan lain termasuk pemberian komputer riba percuma, bayaran yuran pendaftaran kemasukan universiti secara sekali bayar, bantuan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM setiap tahun, 40 unit Rumah Mesra SMJ yang akan ditingkatkan kepada 50 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri serta pelbagai lagi inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Semua ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu, saya mahu setiausaha politik memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat ini kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita mahu rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya tidak timbul tuduhan bahawa kita hanya menabur janji kosong,” tambahnya.

Hajiji turut mengingatkan setiausaha politik supaya tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi.

“Saya mahu setiausaha politik melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya serta membantu menteri masing-masing dan kerajaan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati mengkhianati kepercayaan yang diberikan,” ujarnya.

Sebagai rekod, Setiausaha Politik baharu di Jabatan Ketua Menteri ialah Azrul Ibrahim (Ketua Setiausaha Politik), Datuk Effendi Mohamed Sunoh, Datuk Mazlan @ Joehari Manan, Datuk Arthur Sen, Datuk Norazlinah Arif, Datuk Lahirul Latigu, Noorazmahirah Noorzain dan Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Setiausaha politik lain ialah Dr Bonaventure Boniface (Kementerian Kerja Raya dan Utiliti), Johari @ Joe Suhaimin (Kementerian Kewangan), Carlyle Lajimin (Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan), Abd Wahid Abd Razak (Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan).

Seterusnya Justinus Jalang (Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi), M. Aziriansyah Ali (Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif), Sabili Ahunang (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Marius Masain (Kementerian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Raimie Unggi (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Herbert Roger (Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan).

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah