GLC gagal tunjuk prestasi lima tahun berturut-turut berdepan penutupan – Hajiji

KOTA KINABALU – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didapati gagal menunjukkan prestasi syarikat dan keuntungan selama lima tahun berturut-turut akan dikaji semula selain berdepan kemungkinan arahan penutupan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata, prestasi itu akan dikaji oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS).

“Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan penutupan sekiranya GLC berkenaan tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih,” katanya pada Majlis Pnyampaian Dividen dan Sumbangan GLC serta Badan Berkanun di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Jelasnya, setiap Badan Berkanun dan GLC bertanggungjawab mematuhi kadar pembayaran dividen minimum sedia ada iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai.

“Ini merupakan ketetapan yang telah lama digariskan dan saya menjangkakan semua GLC menunjukkan disiplin kewangan serta komitmen penuh dalam memenuhi kewajipan ini.

“Selain itu, bermula tahun hadapan, saya juga mahu melihat peningkatan tahap sumbangan tahunan daripada GLC, antara sekitar RM2 juta hingga RM10 juta bergantung kepada keupayaan dan prestasi syarikat,” katanya.

Tegas Hajiji, Kerajaan Negeri akan melaksanakan rombakan terhadap Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah GLC bagi memperkukuh tadbir urus korporat dan kebertanggungjawaban selain menyuntik kepimpinan baharu ke dalam syarikat-syarikat tersebut.

Justeru, semua Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kumpulan dan Pengurus Besar GLC serta Badan Berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan terus kepada Hajiji.

“Kerajaan Negeri menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu, namun rombakan perlu dilakukan bagi memastikan transformasi yang berkesan dan mampan.

 “Untuk maju ke hadapan, kita mahu meningkatkan prestasi GLC selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya 2.0.

“Objektif utama kita adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang cekap dan dipercayai menerusi pengurusan yang berwibawa bagi menjana pendapatan dan nilai yang lebih tinggi untuk rakyat dan negeri,” ujarnya.

Related Posts

BUDI MADANI: Ahli Parlimen Stampin gesa kuota Sarawak dinaikkan kepada 500 liter

KUCHING – Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen menggesa kerajaan Persekutuan menaikkan kuota subsidi diesel untuk pemilik kenderaan di Sarawak daripada 300 liter kepada 500 liter sebulan.  Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

PASIR PUTEH – Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal di Pelabuhan Tok Bali di sini terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 105 liter minuman itu dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BUDI MADANI: Ahli Parlimen Stampin gesa kuota Sarawak dinaikkan kepada 500 liter

BUDI MADANI: Ahli Parlimen Stampin gesa kuota Sarawak dinaikkan kepada 500 liter

Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

Agong kurnia RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat, Sandakan

Agong kurnia RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat, Sandakan

PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil