Aset rizab rasmi Malaysia bernilai RM495.07 bilion

PUTRAJAYA – Bank Negara (BNM) mendedahkan aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.66 bilion (RM495.07 bilion), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.18 bilion (RM5.09 bilion) pada akhir Julai 2024.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, bank pusat itu memberikan butiran terperinci rizab antarabangsa yang mengandungi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab serta aset mata wang asing lain.

Maklumat itu diberikan mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF).

Dalam pada itu, ia turut memberikan butiran jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$13.84 bilion (RM59.76 bilion).

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$29.29 bilion (RM126.48 bilion) pada akhir Julai 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” kata BNM.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, BNM berkata, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.49 bilion (RM10.75 bilion) adalah bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$399.9 juta (RM1.73 bilion).

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit, kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF pada akhir Julai 2024 tetap boleh guna,” jelas BNM.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik