Rundingan pemberian khas Sabah-Persekutuan bersambung 19 Disember – Amir Hamzah

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan meneruskan sesi rundingan berhubung pemberian khas pada 19 Disember ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kedua-dua pihak mencapai persetujuan yang lebih menyeluruh dan adil, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, kedua-dua kerajaan menyatakan komitmen untuk melaksanakan perbincangan secara progresif bagi memastikan proses rundingan berjalan dengan teratur dan berkesan.

“Kerajaan Persekutuan meneruskan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah pada 17 November 2025 dan menubuhkan satu Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

“Selain itu, turut dibincangkan adalah terma rujukan yang digunakan sebagai panduan semasa rundingan dilaksanakan kelak,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Negara, hari ini.

Amir Hamzah berkata, Kerajaan Persekutuan melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) komited untuk merundingkan kadar pemberian khas yang lebih baik, termasuk meningkatkan amaun pemberian khas kepada Sabah.

“Pada 2023, Kerajaan Persekutuan menaikkan amaun pemberian khas Sabah kepada RM300 juta. Mulai 2025, kerajaan bersetuju menaikkan amaun pemberian khas hampir sekali ganda lagi kepada RM600 juta.

“Pembayaran ini adalah secara interim, sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang merumuskan kaedah baharu yang menentukan pemberian khas masa hadapan,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan peruntukan di Sabah, dengan peruntukan mengurus dan pembangunan terus meningkat daripada RM14 bilion pada 2023 kepada RM17 bilion pada 2026.

Katanya, peruntukan itu disalurkan bagi melaksanakan pembangunan strategik termasuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan perhubungan desa, jalan luar bandar serta kemudahan ameniti sosial.

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam