Bermula di luar bandar Sabah, Gerald Wong harumkan nama negara di peringkat ASEAN

BANGKOK – Bermula dengan impian kecil di komuniti luar bandar Sabah, usaha gigih Gerald Wong akhirnya diiktiraf di pentas serantau apabila beliau menerima The 7th ASEAN Rural Development and Poverty Eradication Leadership Award dalam satu majlis rasmi di sini, pada Khamis.

Anak jati Sabah yang juga Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Tokou itu tersenarai sebagai antara 20 penerima anugerah daripada 10 negara ASEAN, sekali gus meletakkan Sabah dan Malaysia sebaris dengan tokoh pembangunan luar bandar di peringkat serantau.

Gerald berkata, pengiktirafan berprestij itu bukan kejayaan peribadi, sebaliknya lambang keberanian dan kesungguhan komuniti luar bandar yang sanggup berubah demi masa depan lebih baik.

“Anugerah ini bukan tentang saya sahaja. 

“Ia milik komuniti luar bandar yang berani mencuba, belia yang memilih pertanian sebagai jalan masa depan dan semua pihak yang percaya pembangunan desa mesti dilaksanakan secara inklusif dan bermaruah,” katanya.

Sejak 2018, Gerald konsisten memperkasakan komuniti luar bandar menerusi Farm Tokou dengan memperkenalkan pendekatan pertanian moden seperti hidroponik, akuaponik dan sistem pertanian berteknologi, selain latihan kemahiran serta pembangunan ekonomi komuniti yang membantu menjana pendapatan sampingan secara mampan.

Menurutnya, pertanian tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai aktiviti pengeluaran makanan, sebaliknya sebagai platform membina keyakinan, maruah dan peluang baharu khususnya kepada golongan belia luar bandar.

“Kami percaya pertanian bukan sekadar soal makanan, tetapi soal peluang dan masa depan komuniti luar bandar,” tambahnya.

Pelbagai projek kebun komuniti yang dilaksanakan Farm Tokou di beberapa daerah luar bandar Sabah melibatkan ratusan peserta, sekali gus membantu mengubah persepsi terhadap sektor pertanian yang sebelum ini dianggap kurang menarik oleh generasi muda.

Majlis penganugerahan itu turut disaksikan pemimpin kanan ASEAN, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencerminkan kepentingan agenda pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan dalam kerangka kerjasama serantau.

Pengiktirafan tersebut mengukuhkan peranan Malaysia, khususnya Sabah, sebagai antara penyumbang utama kepada usaha pembangunan luar bandar yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi di peringkat ASEAN.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan