Jambatan kanopi Taman Negara siap Mac 2026

KUANTAN – Kerja pembaikan Jambatan Kanopi Seberang Ara di Taman Negara, Kuala Tahan, dijangka siap pada Mac tahun depan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menyalurkan peruntukan tambahan bagi tujuan itu dengan kerja pembaikan bermula pada 10 November lalu.

Beliau berkata, jambatan gantung itu siap serta diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Julai 2024, namun terpaksa ditutup selepas mengalami kerosakan akibat ribut.

“Pada Februari 2025, ribut berlaku sehingga menyebabkan pokok tumbang dan mengakibatkan kerosakan besar terhadap jambatan itu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Yu Man menjawab soalan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PN-Tahan) mengenai status projek baik pulih jambatan kanopi dan bila jambatan gantung kedua akan dibuka kepada orang awam.

Seterusnya, beliau berkata, kerja-kerja penambahbaikan Jambatan Kanopi Terisik yang berusia 30 tahun telah bermula akhir tahun lalu dan dijangka siap pada Mei 2025, namun terjejas akibat kejadian ribut petir pada 14 Mei.

“Kejadian berlaku ketika kerja-kerja penambahbaikan mencapai 80 peratus, dan menyebabkan pokok tumbang di jambatan itu akibat disambar petir,” katanya

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar