STAR sokong kerajaan GRS namun masih berperanan sebagai pembangkang

PARTI Solidariti Tanah Airku (STAR) akhirnya memuktamadkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas beberapa kali berubah pendirian sejak keputusan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, situasi politik selepas pilihan raya menyaksikan GRS tidak memperoleh kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan bersendirian, sekali gus memerlukan kerjasama lebih luas bagi mengekalkan keutuhan pentadbiran.

Menurutnya, keputusan menyokong kerajaan negeri itu juga dibuat berdasarkan kehendak majoriti ahli dan ketua-ketua bahagiannya yang mahukan kestabilan politik demi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

“GRS mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan politik, yang juga menjadi kehendak STAR.

“Oleh itu, adalah wajar untuk menyokong kerajaan perpaduan ini. Lagipun, pilihan raya sudah selesai dan kini tiba masanya untuk berkhidmat untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Bagaimanapun, Jeffrey menegaskan kedudukannya sebagai pembangkang tidak berubah walaupun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu iaitu, Datuk Ishak Ayub dilantik sebagai pembantu menteri.

Menurut beliau, parti itu kekal konsisten memperjuangkan hak Sabah tanpa mengira sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang.

“Keputusan itu tidak membawa maksud STAR meninggalkan asas perjuangannya.

“Kita bukan duduk dalam GRS, kita bantu GRS tubuh kerajaan perpaduan demi kestabilan politik selepas PRU17 sebab itulah yang rakyat inginkan berpandukan kepada keputusan pilihan raya,” katanya.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis