Pelajar harian SMK Senibong disaran daftar masuk ke asrama penuh – Rosimi

LUNDU – Pelajar harian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong digalakkan untuk mendaftar masuk ke asrama penuh bagi memastikan mereka mendapat persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan terjamin.

Inisiatif ini juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kadar keciciran dan memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), disarankan mempromosikan manfaat kehidupan berasrama kepada ibu bapa dan pelajar bagi mendapatkan sokongan yang lebih meluas.

Langkah ini juga dapat membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh sekolah, seperti akses kepada bimbingan akademik yang lebih intensif dan peluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

“Pelajar harian dari Kampung Selampit untuk memohon kemasukan ke asrama penuh di sekolah tersebut. Pihak sekolah bersedia menerima pelajar yang berminat, asalkan permohonan mereka lengkap,” kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, Rosimi Eron.

Beliau turut menyatakan jumlah kapasiti asrama, termasuk katil, adalah mencukupi untuk menampung pelajar harian yang memohon tinggal di asrama sekolah tersebut.

“Dengan tinggal di asrama, pelajar dapat lebih fokus pada pelajaran tanpa perlu risau tentang perjalanan jauh ke sekolah setiap hari, yang mungkin memenatkan dan menjejaskan prestasi akademik mereka”, ujar beliau.

Rosimi menekankan keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari Kampung Selampit kerana mereka perlu menyeberangi sungai untuk ke sekolah, yang menimbulkan risiko keselamatan, terutama selepas tragedi bot tambang karam pada 20 Ogos lalu.

Tragedi itu melibatkan 20 mangsa, termasuk 15 pelajar dari SMK Senibong.

Daripada jumlah tersebut, 12 orang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, manakala tiga mangsa, berusia antara 14 hingga 16 tahun, ditemui lemas.

Related Posts

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

KUCHING – Usaha memperkasa kemahiran teknologi golongan veteran terus digiatkan menerusi Sesi Literasi Digital Warga Emas (Diwarmas) yang berlangsung dalam suasana penuh ceria dan bermakna pada Selasa. Program yang memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah