DBKK arah parti politik kutip bahan kempen, tindakan kompaun jika gagal

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengarahkan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), supaya segera membersihkan banner, poster dan papan tanda kempen yang masih tidak dikutip.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, DBKK menerima beberapa aduan daripada orang awam melalui media sosial mengenai bahan kempen yang rosak dan jatuh di tepi jalan sehingga mencacatkan pemandangan bandaraya.

“Jika tindakan tidak diambil, DBKK akan mengeluarkan kompaun.

“Deposit yang diserahkan kepada DBKK tidak dikembalikan sekiranya bahan kempen itu tidak dibersihkan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Tandas Sedunia 2025, di Hotel Horizon pada Khamis.

Beliau berkata tindakan berkenaan penting untuk memastikan imej bandaraya sentiasa terjaga dan tidak terganggu oleh bahan kempen yang ditinggalkan.

Sabin turut berharap semua wakil rakyat dalam kawasan pentadbiran DBKK dapat mengekalkan hubungan profesional dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kita melaksanakan tugas berdasarkan polisi dan peraturan kerajaan.

“Kita berharap semua pihak, sama ada wakil rakyat atau orang awam, berurusan secara profesional. DBKK juga akan terus memberikan perkhidmatan yang profesional kepada semua,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan