PH, GRS dijangka bersama bentuk Kerajaan Negeri baharu Sabah

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) mengesahkan pihaknya dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperoleh kerusi yang cukup membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Pengarah Operasi PKR, Datuk Seri Amirudin Saari ketika ini sedang bersama-sama Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam proses membentuk kerajaan negeri.

“Insya-Allah, saya dimaklumkan jumlah sudah cukup malam ini.

“Pakatan Harapan berbesar hati menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah,” katanya menerusi sidang media berhubung keputusan PRN Sabah, pada Sabtu.

Turut hadir sama, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.

Dalam pada itu, sidang media itu turut mengulas perkembangan semasa termasuk kekalahan DAP pada PRN kali ini.

“Kita terima segala kelemahan dan melihat ia sebagai satu pengajaran.

“Pada masa sama, kita menerima keputusan pengundi Sabah dan akan perbaiki mana-mana kelemahan kami,” katanya.

Pengesahan itu memberi bayangan bahawa Sabah akan mempunyai kerajaan negeri yang stabil dalam masa terdekat dengan fokus utama kepada agenda pembangunan seperti yang dimahukan oleh rakyat selain mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan