PN kekal di Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan DUN Sungai Bakap melalui Abidin Ismail yang memperoleh majoriti lebih besar iaitu 4,267 undi.

Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya Dr Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun dan timbalannya Azmi Sharom.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kekalahan PH pada hari ini dan kemerosotan undi Cina merupakan kesan daripada isu nasional.

“Tiada kena mengena dengan (masalah) calon. Ini isu negara, subsidi, inflasi yang dilihat, kos sara hidup, beban yang terpaksa dihadapi rakyat.

“Mungkin kita (PH) kehilangan naratif. Walaupun semua usaha dilakukan tetapi naratif ini tidak menghasilkan keputusan (yang kita mahu),” katanya kepada pemberita di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini.

Ditanya sama ada kredibiliti Joohari adalah salah satu faktor penyumbang kepada kekalahan hari ini, Chow berkata, keputusan itu menunjukkan ia lebih daripada itu, bahkan mereka telah bekerja keras sepanjang tempoh kempen.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa keputusan malam ini mencerminkan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan bukan Melayu.

Dalam catatan di X, Rafizi berkata, analisis awal menunjukkan peratusan pengundi Melayu adalah 70 peratus, manakala hanya 47 peratus pengundi Cina dan 58 peratus pengundi India keluar mengundi.

“Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sg Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu (saluran-saluran bertukar dari Melayu-Bukan Melayu 55:45 kepada 75:25).

“Walaupun ada sedikit peralihan undi Melayu, keputusannya banyak dipengaruhi jumlah pengundi yang keluar,” katanya.

Related Posts

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

SUNGGUH mengecewakan!Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau semalam. Kenyataan itu bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah