Kekalahan Sg Bakap sebahagian cabaran dalam perjuangan – Nurul Izzah

NIBONG TEBAL – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyahut keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, meskipun kalah, parti itu akan terus berusaha melakukan perubahan demi masa depan Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih baik.

Katanya, kekalahan yang berlaku perlu diambil dengan penuh tanggungjawab sebagai isyarat untuk terus mengingatkan agar tidak terus selesa.

“Kita sahut sebagai cabaran lanjutan dalam diari perjuangan hidup,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera Perpaduan di Bilik Gerakan Utama di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan calon PH bagi PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Pada PRK itu, Perikatan Nasional mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan Joohari.

Nurul Izzah, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang, turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan undi kepada parti itu.

“Tidak dilupakan pasukan jentera PH dan Barisan Nasional yang telah bertungkus-lumus membantu tanpa lelah sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata, meskipun menghormati pilihan rakyat Sungai Bakap pada PRK kali ini namun pihaknya berasa dukacita dengan kewujudan serangan perkauman sempit dan fitnah jahat yang dilempar oleh pihak lawan bagi mempengaruhi sentimen pilihan raya itu.

“Walau bagaimanapun, kita harus berusaha bagi membawa kembali perdebatan, penerangan serta usaha penyelesaian yang tertumpu kepada isu-isu pokok seperti kebajikan rakyat, pendidikan anak-anak, pembangunan infrastruktur serta kelangsungan hidup yang mengimbangkan keperluan seberang dan juga pulau,” katanya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa